Thursday, 16 February 2012

FB stalking sometime a good thing u know

Macam biasalah, tiap-tiap hari pun kalau tak bukak fb memang tidak rasa puas.

Hari ni, usha2 fb sorang mamat ni suka beno puji2 isteri dia kat fb, tp puji-pujian dia bukan yang poyo2 style geli mat tu. yang ni puji-pujian dia bila baca rasa dia puji dgn honest and xlebey2. sweet gitu. xfaham kan?? bahahaha biaq pi. aku sorang ja paham.

mamat ni wife dia masak dia puji, pi makan luaq amek gmbaq wife dgn proud letak caption - lunch/dinner bla bla bla with wifey. jarangkan org lelaki buat cani. Selalu the wifeys yang cam ni - tehegeh-hegeh, cam aku lah contohnya bahahaha!

Masyaallah, lelaki mcm ni mmg senang hati isteri, gembira selalu. To me, lelaki gini egonya berpada-pada. tak malu or segan nak tunjukkan kasih sayang kat org. sweeeetttnya!! boleh pengsan!

Kalau my suami cam ni Subhanallah semangat berkobar-kobar tau nak jadi isteri yang lebih baik! hehe oh well, tak dpt cam tu pun xpa, semangat jugak, semangat Lillahitaala, minus xda rasa sweet dan seronok. eh boleh ke camtu???hehe

Xpa la, saya bersyukur dgn apa yg ada :) saya isteri yang bijak utk memotivatekan dan mengembirakan hati sendiri, ye dak. kate isteri yang independant :D

Oh yang ni pun dpt dari org post kat fb:

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sungguh mengkagumkan sifat orang mukmin. Apa sahaja keadaannya pasti baik. Ia tidak pernah dialami oleh sesiapa pun melainkan orang mukmin. Jika dia senang, dia bersyukur dan ia baik untuk dirinya. Dan jika dia susah dia bersabar dan itu baik untuk dirinya.” – Riwayat Muslim
Masyaallah, semoga Allah memberi balasan yang  baik buat orang2 yang share perkara-perkara bermanfaat kat fb, Insyaallah.

Ok lah, itu seja. Assalamualaikum..


xx.

No comments:

Post a Comment